Datuk 'ratah' cucu sendiri hampir setahun, anak saudara isteri turut jadi mangsa

Loading...

Tergamak seorang lelaki warga emas mencabul dan merogol cucunya berusia 10 tahun. Lebih mengejut, dia turut melakukan perbuatan yang sama terhadap anak saudara isterinya yang berusia 12 tahun. 

Ketua Polis Kotagade, Indonesia, Abdul Rochman S.Ag berkata, suspek berusia 56 tahun itu menjadikan cucunya, Mawar, 10, sebagai tempat pemuas nafsu sudah hampir setahun sejak Februari 2018.

Dalam kejadian pertama, suspek melakukan serangan seksual itu terhadap mangsa pada waktu malam di sebelah isterinya sendiri yang ketika itu sedang tidur nyenyak. Sementara mangsa pula dalam keadaan mengantuk.

"Setelah kejadian itu, pada keesokan paginya suspek diberi wang sebanyak 20,000 rupiah dan diberi amaran agar tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa. 

Apabila mangsa cuba mengadu, suspek mengancam akan mengulangi perbuatannya terhadap mangsa seumur hidup. 

Tetapi suspek semakin kerap melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap Mawar dan setiap kali selesai melakukannya, dia akan memberi ganjaran kepada mangsa. 

Lebih teruk lagi, suspek juga pernah memaksa cucunya itu menonton video dewasa bersama-sama. 

Bagaimanapun perbuatan suspek terbongkar pada Rabu lalu (10 Disember 2018) selepas Mawar mengadu mengalami kesakitan pada bahagian bawah perut sebelah kanan ketika membuang air kecil dan berjalan. 

Mawar dibawa oleh ibunya ke klinik dan pemeriksaan mendapati ada tanda-tanda jenayah seksual pada mangsa. Doktor kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis. 

Bertindak di atas laporan itu, suspek ditahan jam 7.30 petang di rumahnya. Polis turut merampas sejumlah barang bukti antaranya satu unit televisyen 14 inci, satu unit pemain DBD dan sekeping DVD filem lucah. 

Siasatan awal juga mendapati suspek turut mencabul anak saudara isterinya yang bernama Bunga, berusia 12 tahun. Suspek pernah meminta mangsa mengurut alat kelaminnya dan diberi uang 20,000 rupiah. 

Suspek akan didakwa dan bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan bersalah.

Sumber: Tribun News