'Dia serahkan kepada saya kunci keretanya, BMW'

Loading...

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, kita selalu dididik agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh menghancurkan perpaduan yang telah terbina kukuh sekian lamanya. Tanpa perpaduan itu, negara kita tidak mungkin dapat dibentuk. Semoga perkongsian dari Nik Elin Nik Rashid ini bermanfaat untuk kita semua. 

LET me be a bit racist today okay. 

Pagi ini, kereta Perodua Axia saya mengalami masalah. Saya terpaksa menunggu selama dua jam sebelum pihak bantuan tiba. 

Selepas itu, saya ambil keputusan untuk bawa kereta ke bengkel, tukar bateri dan penyelanggaraan tayar. Lalu saya memandu ke bengkel kegemaran saya di Segambut. 

Anak saudara pemilik bengkel itu, Jack Loh, sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggannya. 

Jadi, selepas menukar bateri, dia berkata dia perlu mengambil sedikit masa lebih kurang sejam untuk menyelenggara tayar kereta saya. 

Saya kata, hari ini saya sangat sibuk dan tiada masa untuk duduk menunggu di situ. Lalu dia bertanya adakah saya tidak keberatan jika saya menggunakan keretanya sementara dia menguruskan kereta saya dan di atas kesulitan itu, dia tidak akan menggenakan bayaran untuk penyelenggaraan tayar itu. 

Okey, saya terima tawarannya dan serahkan kunci kereta Axia kepada dia dan dia serahkan kunci kereta BMW nya kepada saya. 

Yes, thats right. Lelaki berbangsa Cina ini memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pelanggannya. That's what i call Cina best! Lihatlah, sebab itu mereka kekal sebagai bangsa yang kuat.