'Dia siap tinggalkan setompok air di belakang punggung akak seorang tu, yucks!!' - Pervert dikesan dalam koc wanita

Loading...

"Mohon hati-hati ladies yang naik public transport. Ramai sangat orang pelik di luar sana. Dapat dia, tolong tangkap. 

"This is not a joke. This guy seriously should be in a mental institution or something," demikian tweet dari Harris Jordan (@HrrisJordan) yang viral semalam. 



Menurut Harris, suspek menyamar sebagai wanita bagi melakukan perbuatan terkutuknya itu di dalam koc wanita tanpa disyaki. 

Bagaimanapun, perbuatannya itu terbongkar apabila ada beberapa penumpang yang mula mencurigai penampilan peliknya itu. 

"Itu adalah jantan ye kome. Pakai tudung, baju kurung bagi tapi buat hal dalam tren. Dua hari aku, Kak Ina dan Shai jadi Inspektor Gadget tengok dia buat perangai. Hari ini jumpa lagi, siap tinggalkan setompok air di belakang bontot akak seorang itu. Yuckss!! 


"Inilah orang yang sama aku nampak dia keluarkan nonek dia kat celah zip kain, gosok kat kakak seorang yang tengah berdiri dulu. Memang orang yang sama. Pakai tudung tapi muka berjambang. Ngeri siot nampak dia buat kerja tu. 

"Kalau dari belakang nampak maam perempuan sebab dia pakai baju kurung dan tudung. Ada beg tapi pakai di belah depan. Zip kain kat tengah. Sebab nampak pelik lipatan kain kat tengah. 

"Nak jerit pun tak boleh sebab dalam koc wanita. Tak ada lelaki yang boleh tangkap atau tumbuk," kata saksi kejadian. 



Orang ramai khususnya golongan wanita dinasihatkan berhati-hati apabila menggunakan pengangkutan awam. Pekalah dengan keadaan sekeliling dan usah terlalu leka dengan telefon bimbit atau yang sewaktu dengannya.