'Dia telah difitnah tanpa bukti kukuh' - Delegasi Jururawat buat kutipan derma untuk saman fitnah Linda Rafar

Loading...

Susulan isu tukar cadar terkena najis yang dibangkitkan oleh pelakon, Linda Rafar, tempoh hari, Delegasi Jururawat melalui Facebooknya melancarkan kutipan derma untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon terbabit. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 29 Disember, jururawat terbabit telah difitnah tanpa sebarang bukti kukuh.

"Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah difitnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh. 

"Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya. Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah disimpan. 

"Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut mengugut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugutan dibuat. Mangsa telah menerima kecaman dan ugutan selepas diviralkan tanpa bukti oleh artis berkenaan.

"Maka kami, Delegasi Jururawat Malaysia (DON), mewakili mangsa yang diviralkan dan difitnah oleh artis tersebut ingin memulakan kutipan dana bagi tujuan kos tuntutan undang-undang supaya insiden fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan. 

"Pihak peguam kami telah bersetuju untuk membuka fail saman terhadap individu tersebut bagi pihak si mangsa fitnah," kata kenyataan DON. 


DON juga menyeru rakan-rakan sejawatan mereka memberi sumbang ikhlas bagi menjayakan tujuan mereka itu untuk memperjuangkan hak dan nasib mangsa, selain demi menjaga nama baik kejururawatan. 

BERITA BERKAITAN: