Elak ditipu scammer, semak no telefon/akaun bank peniaga di laman ini

Loading...

Aktiviti membeli belah secara online sekarang semakin berkembang pesat dengan pelbagai laman sesawang yang menawarkan harga murah nak mati. 

Namun di dalam keterujaan atau kelekaan anda bershopping secara online ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk kaya cepat dengan memperdayakan pelanggan. 

Sudah banyak kes penipuan di laman-laman beli-belah secara online ini, hanya sebilangan kecil kes saja yang berjaya diselesaikan. 

Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa kepada penjenayah siber ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah membangunkan satu laman untuk anda membuat semakan berdasarkan nombor telefon atau nombor akaun bank peniaga/penjual sebelum meneruskan urusniaga. 


Platform tersebut akan dapat membantu mengurangkan kes penipuan pembelian online dan anda hanya perlu memasukkan nombor telefon atau nombor akaun bank bagi menyemak sama ada nombor peniaga/penjual terdapat dalam rekod pihak polis atau sebaliknya. 



Orang ramai digalakkan memanfaatkan laman ini dan jadikan sebagai satu kewajiban untuk menyemak dua nombor tersebut sebelum meneruskan urusniaga bagi mengelakkan anda menjadi mangsa.