'Haaa padan muka! Siapa suruh tembak bini aku!' - Dulu bila wife call, reject. Sekarang siap ajak main sama

Loading...

Tidak dinafikan permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile sememangnya diminati ramai dari usia kanak-kanak hingga ke usia yang dah tua pun ada yang menjebakkan diri. Apabila sudah terjebak, amatlah sukar untuk dilarang. 

Ketagihan seperti itu membuatkan golongan isteri terasa menyampah pula dengan suami yang banyak menghabiskan masa dengan game sehingga mengabaikan waktu bersama. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menjejaskan rumah tangga. 

Memandangkan hobi si suami tidak dapat dilarang, wanita ini mengambil inisiatif untuk belajar permainan tersebut semata-mata untuk meluangkan masa dengan suaminya. Ditambah pula permainan itu ada fungsi voice chat, membuatkan pasangan ini lebih banyak meluangkan masa bersama berbanding sebelum ini. 

SEJUJURNYA, dulu aku memang pantang dan benci game ini. Sebab apa? Sebab dia (suami) banyak menghabiskan masa terluang yang ada dengan game. Kitorang long distance relationship. Aku di Kelantan, dia di Johor. Setiap kali aku call, dia akan jawab dan cakap "Main game ni" ataupun reject terus. Sadis sangat. 

Bila aku scroll Facebook, banyak kes yang aku tengok tentang game ini. 
  • "Suami abai rumah tangga sebab ketagih main game"
  • "Suami curang dengan awek dalam game"

Oh no! Ini bisa menjadi lebih parah. Jadi aku pun guna taktik yang sama aku guna masa dia tengah fanatik main game Mobile Legend dulu.

Aku install PUBG Mobile, aku buat-buat berminat nak main juga. Disebabkan game ini boleh bercakap sesama sendiri, senanglah aku suruh dia ajar aku walaupun kitorang jarak jauh. Aku bukannya pandai main pun, aku follow sajalah ke mana dia pergi. 

TAKTIK AKU BERJAYA! 

Sekarang dia yang akan call aku. 

"Ada line internet tak? Jom PUBG!" 

Kalau in real life memang haramlah nak pakai baju sama. Tapi dalam ini boleh pakai sedondon. Kalau aku kena tembak, dia akan tembak enemy itu balik sambil cakap, 

"Haa! Padan muka! Siapa suruh tembak bini aku!" 

Waaa!! Rasa selamat dan disayangi pula! (Hahaha) 

Naik kereta dan motosikal bersama-sama. Kalau aku sesat, dia akan cari. Kalau aku cedera, dia akan bagi first aid. Tetapi kadang-kadang dia tak nak main dengan aku juga sebab aku noob. (Ha! Ha! Ha!) 

Benda ini memang nampak simple. Tapi bagi seorang isteri, kalau boleh luangkan masa dengan suami walaupun dalam game boleh membuatkan hati berbunga-bunga. Selepas ini tak tahulah game apa pula yang aku terpaksa menjebakkan diri. 

Sebenarnya aku buat macam ini sebab kitorang dah kahwin ye, tetapi kitorang tinggal berjauhan. Daripada aku kena tunggu dia main game baru dia call, baik aku main sekali. Nak larang memang taklah, dah tahu memang hobi dia. Jadi kita ikutkan saja dulu. So, dah duduk sekali nanti berpada-padalah ye. Ha! Ha! Ha! Pamiem Razali.

Sumber: Sueyha Roesun