'Ini balasan saya terlalu mengejar keseronokan dan abaikan ibu bapa' - Wanita diugut along, takut gambar/video aksi berahi disebar

Loading...

Seorang wanita berusia 25 tahun kini hidup dalam ketakutan apabila dia diburu oleh along gara-gara lelaki yang dikenalinya menyalahgunakan namanya untuk membuat pinjaman dengan along sebanyak RM15,000.

Nazilah, 25, yang diburu along sejak sebulan lalu juga berdepan dengan ugutan gambar dan video bogel serta aksi berahinya oleh bekas lelaki yang pernah menidurinya sebelum ini. 

"Saya rasa inilah balasan ke atas dosa-dosa selama ini termasuk mengabaikan ibu bapa dan keluarga semata-mata mahu mencari keseronokan. Terlalu berdosa rasanya apabila mengingatkan bagaimana saya dengan selamba berkongsi gambar bogel sendiri kepada puluhan lelaki hanya kerana inginkan duit," katanya. 

Menurut Nazilah, dia berkongsi lebih 200 video bogel dan aksi berahinya kepada 30 lelaki sejak tiga tahun lalu. 

Episod hitam itu bermula selepas Nazilah berpisah dengan suaminya empat tahun lalu kerana tiada persefahaman, lalu mencari teman tidur lain untuk mengubati kekecewaannya. Pada awalnya Nazilah berasa seronok, tetapi lama kelamaan dia menganggap perbuatan terkutuk itu sebagai lubuk duit kerana mendapat bayaran antara RM200 hingga RM300 daripada lelaki yang melanggannya.

"Memang ramai yang bayar saya, ada yang meminta saya buat aksi ghairah dan saya turutkan saja kerana duit," katanya. 

Perbuatan Nazilah itu tidak diketahui oleh ahli keluarga kerana dia berselindung di sebalik perwatakannya yang bertudung, memakai baju kurung dan menjaga adab. Nazilah memaklum kepada keluarga bahawa dia bekerja sebagai kerani dan kerap melakukan kerja lebih masa sehingga tengah malam. 

"Setiap hari saya menjadi semakin ketagih untuk melakukan hubungan intim dengan lelaki sehingga lupa dosa pahala. Kerana seronok, saya langsung tidak memikirkan untuk bertaubat kerana ia adalah punca pendapatan yang agak lumayan," katanya. 

Bagaimanapun, 'keseronokan Nazilah itu terbantut apabila dia kini terpaksa menanggung hutang sehingga dia terpaksa meminta bantuan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

"Bayaran saya memang lumayan, tetapi masih belum cukup untuk melangsaikan hutang along berjumlah RM1,500 seminggu. Lelaki yang menipu saya itu pula menghilangkan diri dan gagal dihubungi. Sekarang saya dalam ketakutan kerana diugut oleh along," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM, Azman Kang, berkata, pihaknya akan berbincang dengan along terbabit untuk menjadualkan semula pinjaman itu.

Sumber: Harian Metro