'Itu satu-satunya jersey yang daddy tinggal' - Netizen sebak dengan post Rita dan mohon yang lain jangan kecam

Loading...

Baru-baru ini, pelakon, Rita Rudaini, memuat naik gambar anaknya memakai jersey terakhir peninggalan bekas suaminya. Namun ada netizen yang sewenang-wenangnya mengecam dan mendakwa Rita masih belum move on. 

Bukan begitu sebenarnya. Jika anda pernah melalui saat-saat yang dilalui oleh Rita, pastinya anda tidak akan berkata seperti itu. Jauh di sudut hati Rita, pastinya dia sedih melihat anaknya rindu pada belaian bapa kandungnya. 

TERPANGGIL nak komen tentang posting Rita Rudaini yang viral hari ini sebab ramai netizen yag otaknya sedikit kurang cerdik kecam Rita tak move on, minta perhatian dan sebagainya yang teruk lagi perkataannya. 
Korang tahu tak perasaan seorang ibu yang sedih melihat anaknya rindu pada belaian seorang bapa kandung dia sendiri? Yang anak dia tengok orang lain ada saja bapa, tetapi dia tak? Yang orang lain ada saja bapa ajar main bola atau ada masa main saja apa-apa masa waktu bermain, tetapi dia tak? Seorang anak boleh nampak bapa dia tetapi tak boleh dekat, tak boleh bersentuhan, berpelukan. Korang rasa? Hati ibu mana yang sanggup pisahkan kasih sayang bapa dan anak? 

Perasaan si bapa kita tak tahulah macam mana. Pastinyalah dia akan kata sayang, rindu sebab darah daging dia. Hakikatnya? 

Tapi perasaan si anak yang sedang membesar pasti memang tagih kasih sayang, rindu yang sangat-sangat mendalam pada saat ini. Apa yang dia tahu, dia nak bapa dia ada seperti orang lain. Tetapi hakikatnya dia tidak faham apa pun yang terjadi. 

Percayalah, apabila dia dah besar nanti akan ada satu perasaan keliru dalam diri dia. Kenapa dia tak ada dah perasaan kasih, sayang, cinta, rindu pada bapa dia seperti zaman zaman kanak-kanaknya dulu. 

Walaupun mak dia tak pernah hasut, halang dan suruh bencikan bapa dia, tetapi satu perasaan 'keliru' itu tetap ada. Saat itu akan ada si tukang penasihat, 

"Eh buruk macam mana bapak kau, dia tetap bapak kau la" 
"Eh, berdosa kau ada perasaan macam tu. Tu kan bapak kau jugak" 
Dan bermacam eh-eh dan eh lagi si tukang penasihat itu akan ehkan kau. 

Zaman kegemilangan si bapa
Zaman muda si bapa
Zaman duit berkepuk si bapa

Sebab itu dia tak kisah dan mungkin tak endah atau tak tahu dan sedar kewujudan anak kecil darah daging dia yang perlu dia lebihkan perhatian juga. 

Tetapi tunggu... Zaman jatuh si bapa, zaman sakit si bapa dan pelbagai zaman si bapa lagi... 

Bukan nak mendoakan perkara yang tidak elok tetapi itulah hakikatnya dan masa itulah dia akan sedar yang dia masih ada 'beberapa anak' yang dulu dia pernah lupa. 

Semua yang aku tulis pagi buta ini adalah semua yang pernah aku rasa. Malah lagi teruk, aku pernah melaluinya. Biarlah aku sendiri yang rasa, simpan dan pendam. Sakit bila kau berperang dengan perasaan kau sendiri bila anak kau tanya, 

"Mamy, kenapa tak ada 'ayah?'. Macam ayah ada atuk, mana ayah Mamy?" 

"Entahlah nak, tak tahu mamy nak jawab. Sebab memang mamy tak tahu apa jadi dengan hidup atuk kau tu. Bukan mamy tak pernah nak ambil tahu dulu, tapi sampai tahap dia sendiri pun sampai tak kenal mamy anak dia..." 

Eh, itu aku jawab dalma hati saja. Aku tak cakap pun seperti itu. Hahaha! Aku mampu diam saja. Biarlah diorang tak ada 'atuk' sebelah mamy dia ini walaupun masih hidup sihat walafiat orangnya. 

Aku pegang kuat benda ni, benda paling rugi dalam hidup antaranya juga adalah masa membesarkan anak-anak yang kita nampak dengan mata kepala kita. Moment dengan anak-anak membesar yang kita terlepas. Nak menyesal pun tak guna. Lap sajalah air mata kau itu.

Tak apalah, dah tertulis hidup aku tanpa kasih sayang seorang ayah di dunia ini. Manalah tahu di akhirat aku lebih dari segalanya. Allah pilih aku rasa semua ini sebab dia tahu aku mampu melaluinya.