'Kami minta maaf kerana harus campak kotak air zam zam di lantai sebab ketika itu conveyor fully disembark'

Loading...

Susulan viral video petugas KLIA didakwa melempar kotak air zam-zam, tampil kakitangan yang ditugaskan di bahagian ketibaan KLIA memberikan penjelasan berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai tidak menyalahkan mereka yang juga dalam keadaan terpaksa. 

"Minta tolong viralkan, kami pekerja di bahagia ketibaan KLIA tidak bersalah. Anda tidak mengetahui situasi ketika itu. Keadaan ini berlaku ketika SV3680 yang sepatutnya keluar bagasi di conveyor F kemudian ditukarkan ke vconveyor G disebabkan masalah teknikal. Dalam masa yang sama, PR527 juga keluar di conveyor G.

"Bayangkan betapa padanya conveyor itu dan boleh mengakibatkan conveyor tersebut tersangkut jikalau kami pekerja arrival tidak mengeluarkan bagasi-bagasi dan kotak air zam zam tersebut dari conveyor. 

"Satu hari juga dan mungkin berhari-hari conveyor tersebut tidak akan dapat digunakan disebabkan tersangkut, malah ia akan menyusahkan anda untuk menunggu bagasi di masa akan datang. 

"Sepatutnya kotak air zam zam dikeluarkan di OOG (bahagian keluar semua beg besar atau barang-barang bersaiz besar), tetapi kami mendapat arahan ia akan bercampur dengan bagasi lain. 

"Kami minta maaf kerana harus mencampak kotak air zam zam di lantai sebab ketika itu conveyor fully disembark. Kami perlu asingkan kotak air zam zam tersebut dulu secepat mungkin supaya ia tidak pecah sia-sia di atas conveyor tersebut. 

"Kami tidak dapat melakukan pengasingan kotak air zam zam satu persatu di lantai kerana bagasi telah bercampur di conveyor. Kami tidak melangkah air zam zam tersebut kerana ia haram. Kami mencampak kotak itu ke lantai sebelah kami untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar. 

"Mencampak kotak air zam zam tidak haram dan di dalam Al-Quran juga tidak mengatakan mencampak air zam zam adalah haram. Kami tahu kotak air zam zam itu akan diambil lambat oleh para umrah dan haji kerana mereka berada di dalam kumpulan. Ia sudah biasa berlaku pada kami. Kami juga menyusun kotak air zam zam tersebut di tepi, dengan elok apabila conveyor telah bergerak lancar dan passenger semakin berkurangan. 


"Jika kuantiti kotak air zam zam itu sedikit, biasanya kami akan bawa dan simpan di pejabat elok-elok untuk dituntut oleh passenger yang lambat tiba di balai ketibaan. Anda juga boleh bertanya kepada ketua-ketua group Umrah dan Haji tentang perkara ini sebab kebaikan mereka dan kefahaman mereka tentang situasi ini. Mereka juga turut membantu kami mengasingkan kotak air zam zam. Ada passenger group umrah dan haji yang membantu kami juga melakukan perkara yang sama untuk melancarkan conveyor dan menyenangkan para passenger mengambil bagasi mereka. Kami sangat berterima kasih kepada anda yang selalu membantu kami.

"Hanya kerana pekerja arrival KLIA satu dunia saja yang tahu bagaimana kami berkerja keras untuk melancarkan proses terakhir passenger untuk berjumpa dengan orang tersayang. Kami cuma nak mencari rezeki yang halal dan harap anda tidaklah mengikat perut kami disebabkan salah faham ini. 

"Kami minta jasa baik anda bersihkan kembali nama hamba Allah tersebut. Harap anda tidak menghebohkan perkara yang belum tentu sahih kerana ia akan dijatuh kepada fitnah dan kami tidak mahu anda dihukum Allah kerana salah faham di antara saudara Islam. Kami cuma mahu penyelesaian yang baik sahaja," kata kenyataan yang dimuat naik oleh Fauzan Mohd.

BERITA BERKAITAN: