'Kau racun 3 ekor kucing aku sampai mati'

Loading...

"Ted dah tak ada, kena racun. Dia diracun," demikian luahan sayu Bob Shahidullah Dol, di Facebooknya pada 11 Disember lalu. 

Difahamkan, dua ekor kucing dewasa bersama seekor anak kucing mati dipercayai akibat diracun oleh individu yang tidak berperikemanusiaan. 

"Lufi pun kena juga. Mulan.. " tulisnya. 




Berdasarkan sumber, tiga ekor haiwan kesayangannya itu dibela sejak dari mereka berusia bayi lagi. Namun tidak menyangka ada individu yang tergamak menganiaya haiwan kesayangan nabi itu. 

Netizen menasihatkan Bob bersabar dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis sekiranya mempunyai bukti mengenai individu yang disyakinya serta tidak mengambil tindakan sendiri. 



Individu yang didapati menganiaya haiwan sehingga mati boleh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (akta 772) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.