Kejam! Kucing parsi maut dicampak jiran dari tingkat 16

Loading...

Malang nasib seekor kucing baka parsi dilaporkan maut selepas dicampak dari tingkat 16 oleh seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. 

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Jumaat lalu di Thane, India, kucing yang tinggal bersama tuannya di tingkat 14, keluar dari pintu utama dan menuju ke tingkat 16. 

Haiwan itu kemudian ditemui oleh lelaki yang dikenali sebagai Panchal yang segera menangkap dan memukulnya dengan batang kayu sebelum dicampak dari tingkat tersebut tanpa sebarang sebab. 



Menurut pekerja pembersihan, Lalita, yang sedang bertugas di tingkat itu berkata, dia cuba menyelamatkan haiwan itu daripada lelaki terbabit. 

"Saya kata, berikan kucing itu kepada saya dan saya akan serahkan semula kepada pemiliknya. Tetapi lelaki itu tidak mengendahkan permintaan saya lalu mencampak kucing itu dari tingkat 16," katanya. 

Aktivis People with Paws & Wings yang menerima panggilan dari Lalita yang memaklumkan mengenai kejadian itu lalu bergegas ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan namun ia gagal diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis dan bangkai kucing itu juga dihantar ke klinik haiwan dibedah siasat. 


Bagaimanapun, portal Latesly melaporkan Panchal dibebaskan dengan ikat jamin kerana statusnya sebagai warga emas. Keputusan pihak polis itu menimbulkan bantahan dari netizen yang menggesa Panchal segera didakwa.