'Keputusan pecat Waytha Moorty terserah kepada saya untuk putuskan' - PM

Loading...

Sebanyak 393,065 tandatangan telah diperolehi dalam dua petisyen berasingan yang mendesak agar P. Waytha Moorty dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Perpaduan, susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, kelmarin. 

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, keputusan untuk memecat Waytha Moorty adalah terpulang kepada dirinya. 

"Orang ramai boleh menyatakan pendapat mereka, tapi terserah kepada saya untuk putuskan," katanya kepada media semalam. 

Apabila ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi Waytha Moorty, Mahathir berkata, "Saya okey, saya rasa okey,".


Muhammad Adib, 24, meninggal dunia selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara, akibat cedera parah dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, November lalu. 

Waytha Moorty didakwa telah memburukkan lagi keadaan apabila dia dan tiga menteri lain dalam satu sidang media menunding jari kepada polis yang membuat kenyataan mengaitkan insiden berkenaan dengan pergaduhan antara 'dua kumpulan India'. 

Sumber: MalaysiaKini