Konon nak malukan owner Axia Hijau, tapi terus delete tweet selepas disekolahkan netizen

Loading...

Baru-baru ini seorang individu memuat naik gambar sebuah kereta Perodua Axia berwarna hijau diletakkan di pakir 'Green Vehicle' dengan cuba menunjukkan bahawa pemilik kenderaan itu kurang cerdik. 

"Orang Malaysia memang kelakar," demikian kapsyen gambar tersebut. 


Untuk pengetahuan semua, Green Vehicle atau kenderaan hijau adalah kenderaan mesra alam yang jimat minyak dan eco-friendly selain mengurangkan vibrasi serta pencemaran bunyi. Kenderaan jenis ini lebih cekap dan kurang berbahaya kepada atmosfera. 

Malangnya bagi individu yang memuat naik gambar tersebut menyangka dia buat kelakar kononnya pemilik kereta itu meletakkan keretanya di situ kerana keretanya berwarna hijau. 

Netizen kemudian memaklumkan kepadanya bahawa Axia terletak dalam kategori kenderaan hijau dan merupakan kenderaan 'Energy Efficient Vehicle (EEV) pertama negara. 



Malu dengan 'kecerdikannya' itu, individu terbabit terus memadamkan post tersebut. 

Sumber: World of Buzz