'Malah dia pernah digelar macam tupai' - Nana kesal netizen sentuh tentang fizikal anak perempuannya

Loading...

Hati ibu mana yang tidak terkilan apabila ada netizen mulut bawang mengata tentang anaknya. 

Baru-baru ini, netizen mempertikaikan cara pemakaian anak perempuan kepada penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan, atau nama sebenar, Nurul Hana Che Mahazan, yang dianggap selekeh dan tidak teratur. 

Dalam temubual bersama Media Hiburan, Nana mengakui dia berasa sedih dan terkilan bilamana ada pihak yang mempersoalkan penampilan anak sulungnya itu, Althea, 8. 

"Tak kisah nak kata dia selekeh sebab rasanya kita pada usianya pun macam tu juga. Saya faham, masing-masing akan ada pendapatnya sendiri. Mungkin anak-anak mereka kalau nak keluar kena pakai itu ini. Ia terpulang. 

"Macam anak saya, dia ada caranya sendiri. Macam dulu, dia pun gemar pakai baju yang bercorak pelangi dan sebagainya. Tapi sekarang, dia lebih gemar pakai baju longgar dan sebagainya. 

"Anak yang sedang membesar ini, dia ambil masa untuk kenali diri dia, fesyen dan sebagainya," kata Nana. 

Dalam temubual itu juga, Nana mengakui ada juga netizen yang memberikan komen melampau mengenai fizikal Althea dan ini bukanlah kali pertama sehingga menyebabkan dia marah. Namun dinasihatkan oleh suaminya agar tidak membuang masa memikirkan perkara itu. 



A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ (@nanamahazan) on

"Saya okay saja, tetapi saya sedih sebab ada yang tak sensitif mengenainya. Komen pun melampau, jahat. Kenapa ye masih ada yang macam tak ada rasa hormat. Saya tak akan pergi ke akaun orang yang tak dikenali dan cakap, 'anak kau hodoh'. 

"Ini bukan kali pertama pun. Malah dia pernah digelar macam tupai. Saya marah juga tetapi suami kata jangan buang masa untuk fikir perkara sedemikian. Katanya kalau tidak suka, block atau jangan komen apa-apa," katanya. 


BERITA BERKAITAN: