'Marah tak dapat paw, dia cuba nak tendang kereta' - Hati-hati, kaki paw di kawasan Tol Bukit Beruntung

Loading...

Pengguna lebuh raya di kawasan Tol Bukit Beruntung dinasihatkan berhati-hati dengan lelaki ini yang didakwa cuba memeras ugut pengguna tol di siang hari. 

Dalam kejadian terbaru, bapa kepada Nur Syazmira nyaris dipaw oleh oleh dua suspek yang menunggang motosikal dan dipercayai menyasarkan mangsanya tanpa menggira usia. 

HATI-HATI! Dua lelaki ini ambil kesempatan nak paw duit orang atas highway sesiapa yang berhenti di tol. Saya dedahkan kejadian ini bukan nak rasis atau apa-apa ye, tetapi kalau terkena pada keluarga dan diri sendiri, korang mesti akan pertahankan dan buat perkara yang sama. 

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 6 petang Sabtu 15 Disember 2018, di Tol Bukit Beruntung ketika kami dalam perjalanannak pergi makan di Ulu Bernam. 

Ayah naik kereta Axia merah menunggu kami di tepi jalan selepas Tol Bukit Beruntung menghala ke utara. Kami naik Axia putih tengok dari jauh, ada sebuah motosikal berhenti betul-betul dekat dengan kereta ayah. 

Pertama sekali, lelaki itu nak pinjam pemetik api, selepas itu terus minta duit. Ayah kata tak ada, lelaki itu dah mula nak marah-marah dan kebetulan kami dah nak sampai dekat dengan kereta, ayah teruslah masuk kereta. Lelaki itu dah marah-marah dan membebel apa entah. Kami tak sempat nak rakam sebab tak syak apa-apa pun.




Apabila kereta ayah gerak, dia pun gerak. Kami toleh ke belakang, lelaki itu pergi ke tepi nak tendang kereta. WTF? Kau tak dapat duit, nak bakar-bakar orang pula?!

Disebabkan dia nak motor Kriss saja, kitorang follow dia, ingat nak tahan nak tanyalah konon. Sekali lelaki ini buat tahi pula. Hati semua orang dah panas masa itu. Tak boleh dibiarkan dia ni, atas highway nak bakar-bakar orang siap tunjuk jari tengah. Kau dah kenapa? 

Nak minta korang semua berhati-hati ye kalau berhenti di Tol Bukit Beruntung. Jangan berseorangan di situ. Kalau ada nampak lelaki naik motosikal Kriss bersama dengan rakannya, jangan keluar dari kereta dan bersembang dengan dia. Rasa memang dia mencari mangsa di kawasan-kawasan sini. Laporan polis akna dibuat. 

Sumber: Nur Syazmira