Najib kata gara-gara SST KFC naik harga, namun KFC kata kenaikan harga tiada kaitan dengan SST

Loading...

Semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penjelasan KFC mengenai kenaikan harga produk makanannya adalah contoh bagaimana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak telus berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 

Dalam kenyataannya di Facebook, Najib berkata, "Penjelasan pihak KFC semalam bahawa kenaikan harga jualan mereka ialah akibat memasukkan cukai SST merupakan satu contoh mengapa SST tidak telus. 

"Rakyat semakin sedar mereka masih dicukai di bawah SST walaupun resit tidak lagi menunjukkan cukai kerajaan dikutip sebagaimana sistem GST," katanya. 


Terdahulu viral di media sosial rungutan netizen mengenai kenaikan harga mendadak beberapa menu popular restoran makanan segera itu sehingga ada yang merancang mahu mengadakan boikot. 

Bagaimanapun, pemilik restoran makanan segera itu, QSR Brands (M) Holdings Bhd, hari ini mengatakan penjelasan yang dibuat oleh pihaknya semalam berhubung penyelarasan harga produk jualannya telah disalah tafsir. 

"Kami ingin jelaskan bahawa kenyataan kami berhubung SST telah disalah tafsir. 

"Penyelarasan harga tidak mempunyai kaitan dengan SST, kerana kadar enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini juga dikenakan pada pelanggan kami. 

"Justeru, kami berharap pelanggan kami faham bahawa menu kami telah disusun secara spesifik untuk memberi pilihan harga berdasarkan keperluan pelanggan kami yang berbeza-beza," kata kenyataan itu. 

Sumber: MalaysiaKini

BERITA BERKAITAN: