'Netizen berlagak seakan Tuhan hukum Nabila kata sudah ditarik nikmat Allah sebab gagal menyusu badan'

Loading...

Minggu lalu, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila memuat naik gambar susu formula dengan niat bertanya kepada netizen di mana lokasi untuk mendapatkannya berikutan bekalan susu anaknya sudah habis. 



Namun, netizen pula membawang tak ingat dunia dengan mempertikaikan harga susu tersebut, sehingga ada yang biadab mentertawakan dan memandang rendah pada Noor Nabila yang tidak mampu memberikan susu badan. 

Lebih biadab lagi apabila ada netizen yang kata semua susu formula di pasaran adalah sampah. 





Isu ini juga mendapat perhatian dari Dr Rusyainie Ramli yang kesal dengan sikap netizen berlagak seperti Tuhan menghukum Nabila dengan sewenang-wenangnya.

TUHAN TARIK NIKMAT MENYUSU BADAN?

KASIHAN Nabila dan Shaarnaz. Sejujurnya, saya rasa mereka hanya bertanya tanpa niat nak menunjuk ke apa. Bekalan susu anak mereka habis, itu saja. Tetapi kata-kata netizen semua sungguh kejam. Siap berlagak seakan Tuhan dengan menghukum Nabila yang katanya sudah ditarik nikmat Allah sebab gagal menyusu badan.

Saya sendiri pun tidak berjaya menyusukan Zulaikha dulu. Saya tak ada ilmu masa tu. Ditambah pula saya sangat stres sebab Zulaikha terlalu banyak ragamnya dari dalam pantang. Memang ketika itu, saya tidaklah muda sangat, tetapi baru bekerja nak menyesuaikan diri dengan hidup sebagai isteri dan mama. Semua itu sukar bagi saya.

Apabila saya melahirkan Thorique 3 tahun selepas Zulaikha, keadaan sangat berbeza dan ternyata saya berjaya memberikan susu badan sehingga Thorique berusia hampir 2 tahun.

Bila saya baca setiap butir perkataan netizen yang mengecam Nabila, saya beristighfar panjang. Kebanyakan ibu-ibu yang saya temui sepanjang saya bekerja memang nak menyusu badan. Mereka hampa dan kecewa bila tak berjaya. 

Atas apa sebab pun, mereka yang mengharungi hidup mereka. Kita sebagai orang luar, tahu ke tak setiap ujian dan dugaan yang mereka hadapi? Siapa kita nak mengadili mereka sebagai ibu yang tak sempurna sebab tak mampu bagi susu sendiri kat anak?

Lantang sangat bila jari menekan papan kekunci itu! Seakan-akan netizen-netizen itu semua bagus sangat! Nabila dan ramai ibu-ibu lain itu yang tak dapat menyusu badan itu ada sebab kenapa. Kita tak perlu tahu pun dan dia beli susu formula pun bukannya meminta duit dari netizen, kan? Huh.

Benar, susu badan itu punya banyak kelebihan. Sains telah pun membuktikannya dan tak dinafikan pun. Tapi Pertubuhan Kesihatan Dunia telah memberi garis panduan yang susu formula boleh sebagai pengganti susu badan sampai bayi berusia 1 tahun.

Boleh menyusu badan bukan kriteria yang menentukan seorang wanita tu jadi ibu yang baik. Bukan gerenti yang ibu itu punya skil nak memanusiakan anak dia. Bukan lesen untuk merendahkan ibu-ibu lain dengan mendabik dada, dia boleh katanya, kenapa Nabila tak? Dia tahu tak yang mamalia kecuali platipus juga punya intuisi untuk menyusu anak mereka?

Ini sama kes dengan melahirkan anak melalui Caesarean. Hina sangat ke kalau begitu? Agaknya di benak netizen, biarlah nyawa di hujung tanduk asal dapat beranak secara normal. Pemikiran songsang apakah ini? Tak penting ke untuk selamatkan kandungan dan ibunya? Netizen tahu tak berapa ramai remaja luar nikah yang beranak secara normal? Adakah itu tanda aras yang buatkan wanita tu sempurna secara zahirnya?

Kalau tak ada benda elok nak disebut, maka berdiamlah dan tidak perlu komen. Apalah salahnya memberi sokongan dan dorongan kepada wanita lain yang baru bertatih dalam perjalanannya menjadi seorang ibu. Cara bersalin atau boleh menyusu anak itu hanya secuit benda yang ibu perlu lalui dalam proses membesarkan anak. Dok sibuk bab tu, kemahiran nak membentuk anak jadi manusia berjaya dunia akhirat tu, sebenarnya jauh lebih penting.

Hentikan perangai jadi hakim tak bertauliah, boleh tak?