Padah buat komen tak sensitif mengenai Adib, kakitangan Honda digantung tugas

Loading...

Padah memuat naik komen yang dianggap menghina pemergian anggota bomba yang meninggal dunia akibat rusuhan di Kuil Mariamman Seafield, November lalu, kakitangan syarikat pengedar kereta Honda Sri Utama Auto Sdn. Bhd. Jalan Genting Kelang, digantung perkhidmatan. 

Terdahulu, Caryn Yean, memuat naik komen yang dianggap tidak sensitif sehingga menyinggungkan perasaan netizen. 

"Bukan kerajaan gagal, Tuhan u yang gagal tak sembuhkan Adib," tulisnya di ruangan komen video live Sinar Harian semalam. 


Tindakannya itu mengundang salah seorang netizen membuat laporan polis terhadap Caryn hari ini kerana tidak berpuas hati dengan sikap biadabnya dengan mengaitkan tragedi yang menimpa Adib dengan kepercayaan agama. 

Netizen turut menggesa agar Honda mengambil tindakan tegas terhadap wanita itu bagi memberikan pengajaran kepada dirinya dan semua rakyat Malaysia. 

Sehubungan itu, Pengarah Honda Sri Utama Auto Sdn Bhd, Wong Chee Keong, tampil membuat permohonan maaf di atas tindakan Caryn dan menggantung perkhidmatan kakitangannya itu. 


"Kami memohon maaf di atas komen tidak sensitif yang dibuat oleh kakiangan kami (Caryn Yean) berhubung pemergian anggota bomba Adib. 

"Pada waktu ini, kami telah menggantung perkhidmatan kakitangan terbabit dan telah memulakan siasatan serta akan mengambil tindakan yang setegas mungkin," kata kenyataan itu.