'Rakyat sedang menderita, tapi dia pakai Converse x Off-white RM4,000' - Pengguna Twitter ini dikecam teruk oleh netizen

Loading...

Sejak beberapa hari lalu, tersebar gambar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq memakai kasut putih jenama Converse yang didakwa berharga RM4,000.

Pengguna Twitter, Naratif Rakyat (@NaratifRakyat) mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Muar itu berbelanja mewah sedangkan rakyat di luar sana menderita. 

"Boleh Atuk @chedetofficial lempang sikit ****** @SyedSaddiz ni tak? Rakyat sedang menderita tapi dia pakai Converse x Off-White berharga RM4,000.

"Gaji dua bulan tau. Show off sangat ni. Tun pun pakai selipar bata je," tulisnya. 



Tampil beberapa netizen memaklumkan bahawa, kasut itu bukanlah dibeli oleh Syed Saddiq seperti yang didakwa Naratif Rakyat, sebaliknya kasut itu adalah hadiah daripada abangnya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-26. Malah harga kasut itu bukanlah RM4,000, tetapi RM377 sahaja.



Enggan mengakui kesilapannya Naratif Rakyat kemudian cuba mencari kesalahan Syed Saddiq. 

"The problem is for someone who makes this kind of statements (see article below), who promised one million jobs to the youth but fails. Yes, that becomes an issue! Practise what one preaches!" katanya. 



Menyangka netizen akan menyokongnya, ternyata meleset apabila netizen mula 'memberus' pemilik Twitter itu. 

"Yeah, itu gaji kau dua bulan tapi bukan gaji dia. Dia ada duit, suka hati dia la bodo. Kau tu miskin, sedar diri jela. Lain kali belajar pepandai jadi menteri. DAh tu kau expect Tun nak ikut trend hypebeast juga ke? Ya Allah, anyone tolong sponsor dia ni kismis bodo namatey," - @HafeezEthan. 

"Member aku ada berbelas sneaker off-white, Gucci, Balenciaga apa semua, aku tak pernah nak kutuk pun. Setiap orang ada rezeki masing-masing," - @Aqifabidin

"Orang-orang macam admin ni tunggu peluang macam ini la. Selepas itu attack kaw-kaw. Tup-tup salah, lepas tu menyorok dalam gua. Hahaha," - @nabilfeqal. 

Meskipun telah dijelaskan berkali-kali bahawa kasut itu adalah hadiah pemberian dari abangnya, namun Naratif Rakyat tetap bertegas enggan membalas tweet netizen, sebaliknya terus menegakkan benang yang basah.