'Saya yang sengaja nak usik dia' - Dituduh biadab, suami tampil pertahankan isterinya

Loading...

Baru-baru ini viral di media sosial video seorang isteri sedang merakam video tutorial memakai tudung didakwa 'biadab' atau 'kurang ajar' kerana mengungkap perkataan yang tidak sepatutnya kepada suami beliau. 

"So bila kita tutup aurat, so kalau orang lain nak tengok... 

"Abang tepilah, janganlah kacau. Orang nak buat tutorial kat sini, masa itulah abang nak solatlah, nak apalah..." kata Aisyah kepada suaminya, Alif. 

Tindakan Aisyah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mengecam dia lebih mementingkan tutorial tudungnya berbanding suaminya yang mahu mengerjakan solat. 


Enggan melihat Aisyah terus dikecam netizen, Alif tampil mempertahankan isterinya dan memberi penjelasan berikut: 

Saya terbaca satu post tentang Aisyah dengan statement yang sungguh kejam. Sebelum ini saya hanya diam dengan komen netizen. Namun ini sangat melampau. Saya tampil menjelaskan. 

1. SITUASI

Aisyah sedang melakukan tutorial tudung untuk direview. Jadi saya ni memang suka mengusik isteri saya, lumrah dalam perkahwinan. Suami memang suka bergurau, jadi saya sengaja beritahu dia yang saya nak solat dekat situ dan saya tahu Aisyah akan respon apa sebab itulah kami. 

Sedangkan ada banyak lagi ruang yang saya boleh solat tetapi disebabkan saya layan Aisyah ni macam budak-budak saya usik dia. End up Aisyah cakap, "Masa Aisyah buat tutorial tudung lah Abang nak solat apa lah" something macam tu. Nothing pun sebenarnya. 

2. TEMPAT

Bagi saya, dia tak kurang ajar. Aisyah adalah isteri yang sangat menghormati saya. Saya kenal dia, layanan dia, everything, dia sempurna. Tempat itu memang tempat dia make up, bersiap, buat tutorial tudung dan sebagainya. Memang situlah tempat dia. Saya yang sengaja nak usik dia, ganggu dia, supaya ada kemanisan dalam perkahwinan. 

Saya tak tahu dia sedang buat review. Jadi dia berhak bercakap macam tu sebab saya ganggu tempat dia sedangkan banyak lagi tempat boleh solat. DIa tak pernah kurang ajar. 

3. PANDANGAN NETIZEN

Bagi yang baru mengenali kami, agak shock bagi kalian sehinggakan mungkin kalian bersangka buruk tentang Aisyah. Sedangkan Aisyah itu isteri saya dan saya lebih mengetahui dia. Bagi netizen yang dah kenal kami sebelum kami kahwin sehinggalah kami kahwin, kalian tahu sikap dan peribadi Aisyah. 

4. CARA PERGAULAN

Aisyah dan Alif bergaul kadang-kadang macam kawan-kawan, kadang macam anak dan ayah. Itulah kami. Suami tak boleh hanya menjadi suami, tetapi melayan karenah dan bergurau dengan isteri. 

Aisyah bercakap dengan Aliff memamg macam itu. I'm okay with it. Aisyah itu umur 20 tahun, umur 20 tahun bagi orang lain sekarang sedang melepak-lepak lagi tapi Aisyah dah kenal ayan suami, kena berkhidmat untuk suami. Unfair bagi dia. 

Mungkin ini jalan dia pilih, tapil still Alif tahu apa yang disimpan dalam hati dia. Rindu pada kawan-kawan, lepak dengan kawan-kawan. Jadi, saya kena jadi kawan dia juga bercakap juga macam kawan. Tak ada masalah kerana itu cara kami. Terima kasih. 



Saya terbaca satu post tentang Aisyah dengan statement yang sungguh kejam. Sebelum ni saya hanya diam dengan komen netizen. Namun ini sangat melampau. Saya tampil menjelaskan. . 1) Situasi. Aisyah sedang melakukan tutorial tudung untuk direview. Jadi saya ni memang suka mengusik isteri saya, lumrah dalam perkahwinan. Suami memang suka bergurau, jadi saya sengaja bagitahu dia yang saya nak solat dekat situ. Dan saya tahu Aisyah akan respon apa sebab itu lah kami. Sedangkan banyak lagi ruang yang saya boleh solat tapi disebabkan saya layan Aisyah ni macam budak2 saya usik dia. End up Aisyah cakap “masa aisyah buat tutorial tudung lah Abang nak solat apa lah..” something macam tu. Nothing pun sebenarnya. . 2) Tempat, Bagi saya, dia tak kurang ajar, aisyah adalah isteri yang sangat menghormati saya. Saya kenal dia. Layanan dia. Everything. Dia sempurna. Tempat tu memang tempat dia make up, bersiap, buat tutorial tudung dan sebagainya. Memang situ lah tempat dia. Saya yang sengaja nak usik dia. Ganggu dia, supaya ada kemanisan dalam perkahwinan. Saya tak tahu dia sedang buat review. Jadi Dia berhak bercakap macam tu sebab saya ganggu tempat dia sedang banyak lagi tempat boleh solat. Dia tak pernah kurang ajar. . 3) Pandangan netizen. Bagi yang baru kenal kami, Agak shock bagi kalian. Sehinggakan mungkin kalian sangka buruk tentang Aisyah. Sedangkan Aisyah itu isteri saya dan saya lebih mengetahui dia. Bagi netizen yang dh kenal kami sebelum kami kahwin sehinggalah kami kawin kalian tahu sikap dan peribadadi Aisyah. . 4) Cara pergaulan, Aisyah dan Alif bergaul kadang2 macam kawan2, kadang macam anak dan ayah Itu lah kami. Suami tak boleh hanya jadi suami, tapi layan karenah dan gurau dengan isteri. Aisyah bercakap dengan Alif memang macam tu. Im okay with it. Aisyah tu umur 20 tahun. Umur 20 tahun bagi orang lain sekarang tengah melepak2 lagi tapi aisyah dah kena layan suami, kena khidmat untuk suami. Unfair bagi dia. Mungkin ini jalan dia pilih, tapi still Alif tahu apa yang disimpan dalam hati dia. Rindu pada kawan2. lepak dengan kawan2 jadi Saya kena jadi kawan dia juga bercakap juga mcm kawan. Takde masalah kerana itu cara kami. . Terima kasih.
A post shared by Hero Aisyah Hijanah (@alifteega) on

Meskipun begitu, netizen menasihatkan pasangan berkenaan untuk tidak memuat naik video seperti itu bagi mengelakkan timbulkan perkara yang tidak sepatutnya sehingga dikecam netizen. 

Sumber: Alif Teega