Syed Saddiq ucap Happy Birthday kepada Tunku Idris dan ini respon sarkastik TMJ

Loading...

Kelmarin, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-31 kepada Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim, di Twitternya.

Lapor NST, Menteri Belia dan Sukan itu memuat naik tweet itu secara umum di Twitternya memandangkan Tunku Idris tidak mempunyai akaun rasmi di laman sosial itu. 

"Happy Birthday Tunku Idris. Patik will always pray for Tunku and Tunku family's wellbeing. Keep on inspiring!" tulis Syed Saddiq. 



Beberapa jam kemudian, tweet itu diretweet oleh abang Tunku Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berserta dengan ayat berikut: 

"Please, do what you want. Just leave my family alone and save your sucking up for other people." 


Menurut laporan NST, tweet dari TMJ yang dimuat naik pada jam 10.05 malam telah diretweet lebih dari 1,200 kali. 

Sementara itu, semakan di Twitter mendapati, Syed Saddiq memberi respon kepada tweet itu sebelum ia dipadamkan. 

"My prayers will always be with Tunku and family." 



Sumber: NST, Syed Saddiq