Tsunami di Selat Sunda, 222 terkorban, 843 cedera, 28 hilang (19 Foto)

Loading...

Jumlah mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami di Indonesia malam Ahad meningkat kepada 222 orang.

Manakala, jumlah mangsa yang cedera pula meningkat kepada 843 orang serta 28 orang lagi masih dilaporkan hilang tanpa khabar berita. 

Menurut jurucakap agensi mitigasi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, bencana tsunami itu berlaku dipercayai mempunyai kaitan dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau yang menyebabkan gempa bumi di dasar laut. 

Bencana yang datang tanpa amaran di sepanjang Selat Sunda itu mengakibatkan ratusan rumah dan bangunan rosak teruk dan kematian penduduk di kawasan tersebut. 

Ekoran kejadian itu, ramai penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga. 

Menurut media, penduduk di pesisiran pantai tidak melaporkan, melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda. 

Pasukan penyelamat kini sedang mengejar masa menggeledah sisa runtuhan bangunan untuk mencari mangsa yang terperangkap. Malah jentera berat juga dikerahkan ke lokasi terjejas untuk membantu mencari mangsa. 

Sumber: Harian Metro