(Video) Alhamdulillah kanak-kanak hilang berjaya ditemui semula

Loading...

"Saya nak tengok semua rakaman CCTV sekarang. Tolonglah, terima kasih," demikian kata seorang lelaki yang gelisah selepas mendapati anak perempuan berusia tiga tahun hilang. 

Dalam kejadian di pusat beli-belah Paradigm Mall Johor Bahru, lelaki berkenaan meminta pihak pengawal keselamatan mencari anaknya yang telah hilang. 


Bagaimanapun, salah seorang ahli keluarganya tampil memaklumkan kanak-kanak perempuan itu telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat. 

"Assalamualaikum kepada semua yang berada di Paradigm Mall JB petang tadi yang membantu mencari anak yang hilang. 

"Alhamdulillah dan syukur anak telah dijumpai. Kami mengucapkan terima kasih pada yang membantu dan terlibat dalam usaha mencari pada petang tadi. Terima kasih banyak-banyak dari kami sekeluarga," kata Atiq Khairy. 


Orang ramai dinasihatkan tidak leka dan sentiasa berwaspada apabila membawa anak kecil ke tempat yang dikunjungi orang ramai. Sekiranya perlu, gunakanlah safey harness bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.