(Video) Aliff Syukri rugi RM50,000, kucing Savannah hilang akibat kecuaian pekerja

Loading...

Terkini, media melaporkan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kehilangan kucingnya jenis Savannah Cat akibat kecuaian pekerjanya. 

Menurut laporan tersebut, kucing kesayangannya yang bernama Dodi bernilai RM30,000 itu hilang dari rumahnya di Damansara. 

Aliff turut berkongsi berita sedih itu di Instagramnya, namun reaksi netizen pula sebaliknya di mana mereka menggesa Jabatan Perhilitan membuat siasatan. 

Kesal dengan komen seperti itu, Aliff tampil menafikan dakwaan kononnya dia mendera haiwan tersebut. 
"Kenapa tak ada orang kesian kat saya? Orang yang tulis macam ni tak ada belas kesian kepada saya. Macam saya ada buat jahat kepada anda. 

"Korang tahu tak saya tengah bersedih ni. Kehilangan dodi saya dah bela lima tahun dan ada permit. Nilai cost beli dan jaga hampir RM50,000," katanya. 

Menurut Aliff, kucing yang dibeli dengan harga RM30,000 pada April 2016 itu hilang sejak Khamis, berpunca dari kecuaian pekerjanya. 
Sumber: mStar Online