(Video) 'Bodoh, menyusahkan orang!' - Netizen bengang ibu bapa tak awasi anak-anak sehingga terperangkap dalam mesin basuh

Loading...

Viral di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dalam mesin basuh di dobi layan diri.

Berdasarkan video berdurasi 7 minit itu menunjukkan kanak-kanak itu duduk di depan penutup mesin tersebut sebelum masuk ke dalam. 

Tidak beberapa lama kemudian, rakannya datang lalu menutup penutup mesin itu. Namun rakannya menjadi panik apabila pintu itu tidak dapat dibuka. 

Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang berada di tempat kejadian, terus meminta bantuan dari pelanggan lain yang berada di premis itu. 

Mangsa akhirnya dapat dikeluarkan setelah pintu mesin itu berjaya diumpil menggunakan batang besi. 


Kejadian itu menimbulkan rasa kesal netizen yang menyalahkan ibu bapa tidak mengawasi anak-anak mereka sehingga melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. 

"Ibu bapa berhati-hatilah dan awasi anak-anak bila membawa mereka ke kedai dobi layan diri. Jangan sampai merosakkan mesin dobi," kata netizen.