(Video) 'Celaka! Ingat bapak kau punya kedai?!' - Netizen kecam 2 individu ini buat onar di pasar raya

Loading...

"Mak bapak korang tak ajar ke?" demikian persoalan netizen terhadap dua individu yang sengaja membuat onar di sebuah pasar raya di lokasi yang tidak dinyatakan. 

Terdahulu, viral video berdurasi 16 saat menunjukkan dua individu terbabit membuka penutup botol coklat dan menebuk penutup bahagian dalam dengan jari sebelum mencelup jari mereka ke dalam botol itu untuk merasai coklat tersebut. 

Perbuatan mereka itu dirakam oleh seorang lagi rakan yang selamba bertanya, "Sedap tak?" yang kemudian disusuli dengan gelak ketawa. 


Sementara itu, netizen mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tiga individu berkenaan dan menganggap perbuatan mereka itu bukan saja menganiaya peniaga, malah memalukan bangsa dan ibu bapa mereka. 

"Buruk perangai. Buat malu sendiri dan keluarga. Belum kena tangkap, bolehlah ketawa. Dah kena tangkap, baru nak menyesal," kata netizen. 

"Inilah jenis manusia uneducated. Mohon pihak pasar raya print wajah mereka dan tampal di pintu masuk, lapor polis juga biar kena tangkap," kata netizen lain. 

Para pengguna dinasihatkan agar sentiasa memeriksa penutup dalaman botol sebelum membeli produk seumpama itu.