(Video) 'Dia ajak aku tidur sekali, siap offer KFC' - Pakcik sotong cari mangsa nak menyotong

Loading...

Seorang lelaki yang sedang khusyuk bermain PUBG di telefon bimbitnya terkejut apabila terdengar bunyi ketukan yang kuat di rumah sewanya pada waktu malam. 

Dalam kejadian di Rembau itu, Syafiq Musa, mendedahkan lelaki terbabit mengetuk rumah sewanya untuk ajak tidur bersama. Malah, lelaki itu menawarkan ayam KFC agar Syafiq membuka pintu membenarkan dia masuk. 

Berdasarkan perbualan mereka, lelaki itu seperti sudah lama memerhatikan Syafiq dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mendekatinya. 

"Sumpah aku takut, tiba-tiba pakcik ini ketuk kuat gila. Sebab selama ini dia usha-usha je dekat atas rumah dia tu. Then hari ini aku tinggal seorang diri, baru dia berani turun ketuk rumah ajak aku tidur sekali. Siap offered aku KFC lagi sebab nak masuk rumah. 

"Nasib baik masa itu aku tengah main PUBG, ada member dengar datang pick up aku. Sumpah psiko pakcik ini nak masuk rumah punya pasal.

"Bergetar suara aku nak cakap dengan pakcik ini supaya dia blah. Please guys, hati-hati kalau seorang diri di rumah. Jangan termakan dengan kata-katanya. 



"Aku masih hormat dia sebagai jiran di depan rumah. Kalau sekali lagi dia datang, memang aku sepak kepala otak dia. Hahaha," tulisnya di Twitter.