(Video) 'Doakan isteri saya yang masih belum ditemui' - Band Seventeen dibadai ombak tsunami ketika sedang buat persembahan

Loading...

Band popular Indonesia, Seventeen, turut menjadi mangsa tsunami ketika mengadakan konsert di sebuah resort pada malam tadi. 

Lapor Tribun News, band berkenaan yang ketika itu sedang mengadakan persembhan di Pantai Tanjung Lesung Banten, tiba-tiba dibadai ombak tsunami. 

Vokalisnya, Ifan, dilaporkan selamat. Namun pemain bass, Muhammad Awal Purbani, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Begitu juga dengan pengurus band berkenaan, Oki Wijaya, turut terkorban. 

"Kita kehilangan bass kita, Bani, bersama manager kita, Oki," kata Ifan dalam video di Instagramnya. 



Difahamkan, isteri Ifan, Dylan Sahara juga turut dilaporkan hilang dalam kejadian itu selain beberapa lagi rakannya belum ditemui. 

"Andi, Herman dan Ujang belum ditemui. Minta doakan isteri saya yang masih belum ditemui. Sementara yang lain Alhamdulillah selamat walaupun cedera," katanya.