(Video) Lelaki nyaris lemas ditarik tangan lembaga hitam dalam air

Loading...

Viral di media sosial video seorang lelaki muda nyaris lemas akibat ditarik lembaga hitam ke dalam air ketika dia dan dua lagi rakannya sedang memeriksa hasil tangkapan ikan di sungai tersebut. 

Video berdurasi hampir enam minit itu pada awalnya menunjukkan mangsa berbaju biru sedang memeriksa hasil tangkapan ikan pada jala yang dipasang di sungai itu, manakala seorang lagi mengayuh sampan perlahan-lahan dan rakan ketiga merakam video dan membantu menyuluh lampu. 

Dari minit pertama hingga ke 4.30, tiada apa-apa yang berlaku, malah tiada sebarang tanda penampakan misteri. 

Sehinggalah minit ke lima di mana muncul susuk tangan berwarna hitam pekat dari permukaan air terus menyambar tangan mangsa yang ketika itu sedang leka memeriksa jala. 


Mangsa yang terkejut tidak sempat bertindak, lalu terjatuh ke dalam sungai itu. Panik dengan keadaan itu, rakannya terus terjun dan mencari mangsa. 

Pada video kedua menunjukkan, mangsa berjaya ditemui semula dalam keadaan tidak sedarkan diri. 



Kejadian itu dipercayai berlaku di Vietnam dan individu yang memuat naik video tersebut menasihatkan orang ramai tidak mandi atau memancing di sungai pada waktu malam kerana bimbang kejadian seperti itu berlaku. 

Sementara itu, netizen pula memberikan pelbagai reaksi. Ada yang percaya ianya benar-benar berlaku, ada juga yang berpendapat ia sekadar lakonan sahaja. 

Sumber: Ps Man