(Video) Menyamun tak tutup muka

Loading...

Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga lelaki dipercayai warga tempatan menyamun sebuah premis perniagaan di Setia Alam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 malam Ahad lalu di Setia Alam, salah seorang suspek terdahulu memasuki premis itu dan berpura-pura bertanyakan tentang sesuatu pada kakitangan premis tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, muncul dua lagi rakannya yang memakai helmet membuatkan suspek pertama terus mengeluarkan parang yang disembunyikan di belakang badannya. 

Mangsa segera mengeluarkan sebatang kayu dan terus memukul suspek pertama dan berlaku pergelutan di antara mereka. 

Malangnya, mangsa tidak berjaya menghalang suspek yang turut dibantu oleh rakannya sehingga dia dipukul, diterajang dan dihentak menggunakan besi pengunci tayar motosikal. 

Sementara itu, seorang lagi rakan suspek mengambil kesempatan itu menggeledah kaunter premis. Suspek turut menyamun dompet mangsa.


Tidak diketahui bagaimana keadaan mangsa, namun netizen berharap pihak polis dapat menangkap tiga penjenayah itu dan dikenakan hukuman setimpal.