(Video) Model Taiwan viral di media sosial selepas bantu ibunya jual ikan

Loading...

Seorang model dari Taiwan menjadi bahan bualan netizen selepas video dan gambar dia membantu ibunya menjual ikan tersebar. 

Liu Pengpeng, 26, yang bekerja sebagai model, dirakam oleh pengguna Facebook, sedang menjual ikan di pasar basah Changhua. 

Gambar dan video itu kemudian dimuat naik ke laman sosial dengan kapsyen, "Mak, lepas ni saya akan selalu tolong mak beli ikan". 


Menyedari dirinya viral di media sosial, Liu kemudian memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya dan memaklumkan dia akan bekerja di situ lagi pada pagi Khamis. 

Salah seorang netizen memuat naik komen berikut, "Habislah sesak pasar ikan tu nanti".



Sumber: Next Shark