(Video) Nakal, budak terjatuh dari eskalator tingkat 3

Loading...

Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari eskalator di tingkat 3 pusat beli-belah, lapor Daily Mail

Kejadian itu berlaku pada malam Jumaat lalu di sebuah pusat beli-belah di Dongguan, Guangdong, selatan China.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang memakai seragam sekolah memanjat bahagian pemegang tangan (handrail) dan cuba duduk di atasnya. 

Ketika kejadian itu berlaku, tiada orang dewasa berdekatan dan eskalator itu pula tidak berfungsi. 

Malangnya, mangsa hilang keseimbangan sebelum terjatuh ke tingkat dua. Saksi yang ternampak kejadian itu segera menghubungi pihak polis dan ambulans untuk mendapatkan bantuan. 


Ibu bapa mangsa yang berada di pusat beli-belah itu juga dimaklumkan mengenai kejadian itu, lalu segera datang ke tempat kejadian. 

Mangsa dikejarkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).