(Video) 'Setiap kali tanya bilik, budak² tak boleh, habis tu kalau ada anak takkan nak bunuh je anak tu?' - Nak sewa bilik tapi...

Loading...

Setelah berumah tangga sudah pastinya tempat tinggal akan menjadi keutamaan si suami untuk kemudahan isteri dan anak-anak. Walaupun hanya sebuah rumah kecil, tetapi sekurang-kurangnya rumah tersebut dapat memberikan keselesaan buat sesebuah keluarga. 

Faktor kos hidup yang semakin tinggi kadangkala memaksa sesetengah keluarga menyewa bilik. Tetapi, sebelum memikirkan untuk menyewa bilik, faktor-faktor lain juga harus diambil kira seperti jantina penghuni lain, status perkahwinan, jumlah bilangan penghuni dan sebagainya.

Seorang pengguna Twitter bertindak untuk menularkan perbualannya dengan seorang wanita di aplikasi WhatsApp yang ingin menyewa bilik di kondominium miliknya. Beliau berbuat demikian kerana berasa berang dengan tindakan wanita tersebut yang dikatakan tidak beradab.

Apa yang mengejutkan, wanita tersebut ingin menyewa bilik bersama dengan anak-anaknya dan suaminya  di sebuah kondominium di Pulau Pinang yang dihuni oleh penyewa bujang.

Berdasarkan perbualan WhatsApp tersebut, wanita terbabit dikatakan melihat iklan kekosongan bilik di Facebook. Apabila tuan rumah tidak membenarkan anak-anak dan suami dibawa masuk ke rumah berkenaan, wanita itu mula hilang pertimbangan dan membalas mesej dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.


Melalui rakaman suara itu, wanita berkenaan mengatakan setiap kali dia bertanyakan tentang bilik sewa, tuan rumah tidak membenarkan kanak-kanak dibawa masuk.

Dia mula mempersoalkan jika ada yang tidak mempunyai wang, dimanakah tempat perlu mereka tinggal selain menyatakan rasa tidak puas hati apabila anak-anak tidak boleh dibawa masuk dan persoalkan adakah perlu dibunuh anak tu supaya tidak ada anak?



Pijahat melalui statusnya itu menjelaskan, dia bukan mahu bersikap kurang ajar, tetapi dia sekadar manusia biasa. Dia membalas mesej wanita terbabit beserta dengan sindiran yang sinis.

“First of all, rumah ni rumah bujang. Bilik yang I sewakan budak bujang duduk. Student. Second, you tak belajar adab ke? You ingat I adik you, nak sembur ikut suka you? Excuse me! You nak lepas perasaan pergi cari tempat yang betul. You ingat I ni charity? 

"Third, kalau tak belajar adab, at least belajar family planning. Condom kat 7E bersepah. Fourth, dah ada family, cari rumah. Takkan tu pun orang nak ajar. Buat anak tak ada orang ajar pun kan?”


Pijahat turut membalas dakwaan sesetengah netizen yang bersimpati dengan wanita tersebut. Ujarnya harga bilik sewa kondominium yang ditawarkan adalah sebanyak RM450 sebulan dan dengan anggaran harga tersebut sudah setaraf dengan harga sewa sebuah rumah flat di sana.

“Yang kata kesian depa tak mampu. Kalau mampu mesti dah cari rumah. Bilik yang I sewakan ni rumah kondominium. Monthly RM450. Kalau share RM250/head. Dengan harga macam tu dah boleh dapat rumah flat tiga bilik.” katanya yang turut memuat naik iklan rumah sewa flat di Paya Terubong, Penang.


Sumber: Pijahat