(Video) Tampar rakan sekerja untuk eratkan silaturrahim

Loading...

Sebuah salon kecantikan di barat China cuba memberikan motivasi kepada kakitangannya dengan mengarahkan mereka menampar muka sesama sendiri ketika di majlis meraikan ulangtahun syarikat tersebut, lapor South China Morning Post

Dalam video klip yang viral di internet itu menunjukkan beberapa kakitangan wanita melutut di pentas dan menampar rakan sekerja mereka secara bergilir-gilir.

Difahamkan, majlis itu diadakan di Nanchang, wilayah Jiangxi, bersempena ulangtahun ke-14 Salon Kecantikan Jinhuayuan. 

Menurut salah seorang kakitangannya berkata, aktiviti itu adalah untuk meningkatkan silaturrahim di antara kakitangan. 


Beberapa buah syarikat di China juga pernah melakukan aktiviti yang pelik terhadap kakitangannya dengan alasan mahu memberikan inspirasi dan membina cara kerja berpasukan di antara pekerja. 

Pada tahun 2016, seorang jurujual dari Baishan, diarahkan untuk merangkak di sepanjang jalan yang sibuk kerana gagal mencapai sasaran kerja. 

Pada tahun yang sama juga, ada syarikat yang menghukum kakitangannya dengan mencium tong sampah di tempat awam dan memeluk pejalan kaki wanita untuk meningkatkan keberanian mereka. 

2015, pelatih di sebuah syarikat makanan di Changzhou, Jiangsu, dipaksa minum air dari mangkuk tandas yang baru dibersihkan oleh mereka bagi memasstikan mangkuk tandas itu benar-benar bersih.