3 maut, helikopter terhempas selepas juruterbang beri kawalan kepada remaja 14 tahun

Loading...

Remaja berusia 14 tahun dan dua lagi orang dewasa maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas. Kemalangan itu berlaku 10 minit selepas mereka berlepas. 

Menurut pegawai penyiasat Switzerland, kejadian itu berlaku selepas salah seorang juruterbang membenarkan remaja terbabit mengawal helikopter tersebut yang menyebabkan mereka terhempas. 

Lembaga Siasatan Keselamatan Pengangkutan Switzerland dalam laporannya berkata, keputusan juruterbang terbabit menyerahkan kawalan kepada penumpang adalah punca helikopter itu terhempas. Selain itu, juruterbang terbabit tidak pernah menjalani latihan sebagai pengajar penerbangan. 

Sumber: Daily Mail