Bayi masih bertali pusat ditemui di depan rumah

Loading...

Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Ampang Jaya, semalam. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan bayi yang masih bertali pusat itu dibalut dengan kain putih diletakkan dalam beg berwarna hitam di koridor sebuah rumah di tingkat tiga sebelum disedari oleh pemilik rumah kira-kira jam 1.34 petang.

"Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima maklumat daripada lelaki yang memaklumkan menemui bayi baru dilahirkan di pangsapuri berkenaan sebelum anggota kereta peronda (MPV) dikerahkan ke lokasi kejaidan. 

"Pihak ambulans yang datang ke lokasi kejadian membuat pemeriksaan terhadap bayi berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut," katanya. 



Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.