'Bila donut kembang, camtu ek ropernye? Hahaha' - Netizen geli hati dengan lukisan kreatif resepi donut wanita ini

Loading...

"Kreatif dan comel resepi ini," demikian reaksi netizen terhadap perkongsian resepi donut wanita ini yang mendapat banyak sambutan. 

Donutnya nampak sedap dan besar. Pasti ramai yang ingin mencubanya untuk sarapan pagi ataupun jamuan untuk minum petang. Malah ada netizen yang telah mencuba resepi ini tidak menafikan, donut yang dihasilkan memang gebu + enak. 

DALAM banyak-banyak resepi donut, saya paling suka donut tanpa telur ini. Sedap, dia lain dari donut yang biasa kita makan. 

Satu adunan dapatlah dalam 6-7 biji. Jadi la, sebab yang nak makan pun 2-3 orang je. 

"Tulis panjang-panjang, siapa nak baca. Baik lukis.." Okey! Saya lukis! Hakhakhakhak! 

(kalau nak lebih, gandakan saja adunannya, okey)


Tak senang nak photoshoot, ada je cubaan nak cuit-cuit. Hahaha! 

  • 1/2 cawan susu segar suam
  • 1 tbs Yis
  • 1 tbs Gula

*tbs = tablespoon

Perapkan yis sehingga kembang. 


Dalam mangkuk lain, masukkan bahan-bahan dan start la menguli. Adjust air sikit-sikit jika perlu. Bancuhan biar lembut ye. Uli sehingga tak melekat di tangan. Melekat sikit-sikit tak apa, nanti kita tabur tepung. 

Garam tu, 'teaspoon' je tau. Kang tak perasan, semua boh tablespoon. Naya. Hahaha! 


Dah siap uli, tutupkan dengan kain lembab dan biarkan sejam atau hingga doh naik dua kali ganda. 


Bila doh dah naik, tumbuk-tumbuk sikit bagi keluar angin. Kemudian buat bulat-bulat dan leperkan sikit supaya senang nak lubangkan. Dulang tu tabur tepung sikit. 


Saya guna nozel. Akak-akak gunalah apa yang patut, yang boleh dibuat lubang. Hahaha! 


Biarkan doh naik sikit lagi. Sambil itu dah boleh panaskan minyak. 


Goreng, toskan dan gaul dengan gula halus. 


Anak yang berumur 10 bulan saja makan dekat dua biji. Saya bagi isi diam saja. Tak cukup rupanya satu adunan. Hahaha! 


InsyaAllah sejuk pun masih gebu. Tapi kalau dapat makan panas-panas lagi syahdu. Sedap!