'Boleh ke saya ceraikan isteri dan kahwin dengan ibu mertua?'

Loading...

"Mentang-mentang bodoh itu free, dia bolot semua sekali. Tinggal la sikit untuk orang lain," demikian antara reaksi netizen berhubung luahan pelik seorang lelaki ini. 

Rumah tangga baru dibina, hubungan dengan pasangan juga tiada masalah. Akan tetapi, lelaki ini tertarik pula dengan penampilan ibu mertuanya sehingga berfantasi yang bukan-bukan. 

"Macam mana ek nak mula? Saya baru saja bernikah, baru empat bulan. Rumah tangga saya dan isteri okey saja min. Tapi semenjak mak mertua saya selalu datang ke rumah, dengan tarikan penampilan dia, saya rasa dah jatuh hati dengan ibu mertua saya. 

"Yelah, ibu mertua saya janda, pandai jaga penampilan diri walaupun umurnya sudah 42 tahun dan kelihatan masih muda min. 

"Apabila dia senyum pada saya, masyaAllah. Comel sangat dengan lesung pipit dia min. 

"Persoalannya, boleh ke saya ceraikan isteri saya, kemudian saya berkahwin dengan ibu mertua saya? Sekadar bertanya," luahnya dalam Facebook luahan Kisah Rumah Tangga

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan komen wanita ini. 

"Tu mak saya kata, gila ni tak semestinya yang heret tin tepi jalan," - netizen.