Cikgu Nur Farhana hilang sejak 14 Januari

Loading...

Guru berusia 27 dari Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau, tidak pulang ke rumah keluarganya sejak semalam, dipercayai hilang tanpa dikesan. 

Menurut Muhammad Naim Mahayadin, 29, berkata, isterinya, Nur Farhana Haji Ibrahim, dihantar ke Tol Alor Setar pada jam 5.45 pagi Isnin, untuk pergi bekerja dengan menaiki kereta kawannya sebelum dihantar ke Tol Sungai Dua untuk mengambil keretanya. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, Muhammad Naim ada cuba menghubungi isterinya pada jam 4.30 petang, namun panggilannya itu tidak dijawab. 

Apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang mendapati, telefon bimbit isterinya berada di atas almari bilik. 

"Saya ada menghubungi kawan-kawan isteri dan bertanya tentang isteri saya. Namun mereka juga tidak tahu di mana isteri saya berada. Cuma mereka beritahu hanya kereta milik isteri sahaja yang ada ditinggalkan di luar kawasan sekolah. 

"Pada Isnin lalu, dia memang hadir ke sekolah. Berdasarkan apa yang guru besar sekolah beritahu, kali terakhir dia melihat isteri saya pada jam 9.40 pagi di kantin sekolah. 

"Setahu saya, hubungan saya dan isteri tiada apa-apa masalah rumah tangga setakat hari ini," katanya. 



Difahamkan, Nur Farhana pernah menerima rawatan psikiatri (kemurungan) di Kedah Medical Centre, Alor Setar.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak Nur Farhana, diminta menghubungi tiga nombor berikut: 0111-0649948, 019-4589948 atau 0111-0769948.