'Dah check dengan Pejabat Mufti Wilayah, dia tiada tauliah untuk memberikan ceramah'

Loading...

Viral di media sosial gambar poster pemberitahuan bahawa Ustaz Aiman Banna akan mengadakan ceramah bertajuk Kiamat Inspirasi Perubahan Manusia di Surau Al-Fateh, MRSM Bentong pada hari ini jam 7.45 petang. 

Apa yang menimbulkan pertikaian netizen ialah, jumlah followers Instagramnya dinyatakan pada poster tersebut. 







Difahamkan, ceramah itu telah dibatalkan berikutan isu tersebut tular di media sosial. 

Sementara itu, Aiman melalui Instagramnya memberi penjelasan mengenai poster tersebut di mana poster itu dibuat oleh penganjur. 

"Poster itu bukan saya buat. Penganjur yang buat dan letak info-info tersebut. Ianya di luar kudrat saya sebagai penceramah jemputan. 

"Followers 100 atau 1 atau 0.5 sekalipun, dakwah tetap kena buat. Syarat berdakwah bukan bilangan followers. Kita berdakwah sebab nak buat kerja dakwah rasulullah dan dakwah masyarakat kembali kepada Allah," jelasnya. 



Baru baru ini viral poster ceramah kuliah maghrib saya, di mana letak followers 312.4k dalam poster dan ianya dianggap mengarut dan jadi bahan oleh netizen. Ini respon saya... . . Pertama, poster tu bukan saya buat. Penganjur yang buat dan letak info-info tersebut. Ianya diluar kudrat saya sebagai penceramah jemputan. . . Followers 100 atau 1 atau 0.5 sekalipun, dakwah tetap kena buat. Syarat berdakwah bukan bilangan followers, kita berdakwah sebab nak buat kerja dakwah rasulullah dan dakwah masyarakat kembali kepada Allah. Kewajiban berdakwah adalah untuk semua muslim, bukan untuk certain group of people sahaja. Saya dijemput untuk berceramah, bawa kalam Quran dan Hadis, lalu hiaskan dengan kaedah kontemporari agar anak muda cintakan Allah dan Rasulullah. . . . Kedua, kalau tak nak terima dakwah daripada saya, tidak mengapa. Saya tidak paksa dakwah kepada sesiapa. Boleh terima dakwah daripada sahabat ustaz & pendakwah saya yang lain inshaAllah. Marilah bersama kembali kepada Allah dengan sebenar benar taqwa, moga Allah kurniakan kita semua hidayah & syurga. Amin 😊
A post shared by Aiman Banna (@aimaanbanna) on

Walaupun begitu, ada netizen yang membuat semakan dengan pihak pejabat Mufti Wilayah mengenai Aiman apakah dia bertauliah untuk memberi ceramah atau sebaliknya.

"Dah check dengan pejabat Mufti Wilayah, Aiman Banna memang tiada tauliah untuk memberikan ceramah. 

"Untuk makluman, ini bukti selepas saya call pihak Jakim, Mufti Wilayah untuk pengesahan tauliah (sah tiada) dan Jawi untuk aduan dan siasatan akan dijalankan oleh pihak penguatkuasa," kata individu berkenaan.