DBKL robohkan kuil yang dibina tanpa kelulusan di PPR Kampung Limau

Loading...

Dibina tanpa sebarang kelulusan pihak berkuasa tempatan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan kuil yang dibina berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau. 

Difahamkan, DBKL menerima maklumat berhubung kewujudan kuil tersebut pada jam 9 pagi sebelum menghantar anggotanya untuk merobohkan kuil yang tidak mempunyai kelulusan itu. 

Binaan konkrit berhampiran pokok di lokasi dipecahkan, manakala patung diletakkan bagi tujuan upacara sembahyang turut ditanggalkan. 

November lalu, kerajaan menegaskan pembinaan rumah ibadat perlulah mendapat kelulusan atau kebenaran dari pihak PBT terlebih dahulu. Selain itu, mana-mana rumah ibadat tidak lagi boleh dibina di atas tanah yang jelas sekali bukan milik mereka. 

Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul pada masa akan datang terutama apabila pemilik tanah menuntut semula hak mereka, seperti insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman 26 November lalu sehingga mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian seorang anggota bomba yang tiada kena mengena dengan kejadian tersebut. 

Sumber: Harian Metro