'Dia mula pukul anak saya sejak dia kantoi makan 'benda' itu' - Anak parah didera bapa tiri

Loading...

Viral di media sosial, seorang kanak-kanak perempuan didera oleh bapa tirinya sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, suspek sebelum ini pernah berkahwin namun bercerai kerana isterinya tidak tahan dipukul. Hasil perkahwinan pertama, mereka dikurniakan seorang anak. 

Suspek kemudian berkahwin dengan mangsa yang merupakan janda yang mempunyai seorang anak perempuan. 

Menurut ibu kepada wanita terbabit, anak perempuannya mula dipukul semenjak mengetahui suspek menghisap dadah. 

"Kes itu bermula sejak anak saya mengetahui suaminya menghisap dadah, lalu dia dipukul dan anak perempuannya juga turut menjadi mangsa," kata neneknya. 





Tidak tahan diperlakukan seperti itu, si ibu dan anaknya melarikan diri sebelum membuat laporan polis. 

Difahamkan, polis kini sedang giat memburu suspek yang berasal dari Bakong, Miri.