'Kau buat dia macam balaci kau' - Netizen dakwa pelajar senior buli junior tapi...

Loading...

Viral di media sosial video Instastory seorang pelajar lelaki yang didakwa telah membuli pelajar junior mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Menurut Twitter Intan Inna Safiya, "Aku tak kisahlah kau senior paling besar this year ke apa, sumpah kau la orang yang buat budak-budak junior takut nak jejak asrama. 

"Orang macam kau ni yang patut kena macam tu. Aku bukan nak masuk campur, budak tu muka baik, kau buat dia macam balaci kau," tulisnya. 

Video yang dimuat naik sejak jam 3.35 petang tadi telah ditonton lebih 200 kali dan dikicau semula 10,723 kali.



Berdasarkan video tersebut, pelajar yang bernama Emy meminta pelajar junior itu membawa beg, pakaian dan powerbanknya pulang ke asrama. Sebaik saja tiba, Emy menjerit meminta pelajar itu menyimpan barangannya di locker, bukannya di atas katil. 

Reaksi netizen?







Menyedari video itu viral di media sosial, Emy tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan pelajar junior itu adalah rakannya. 

"Buat story bergurau pun orang ingat buli budak junior. Padahal satu batch. Haih, netizen bab menjatuhkan orang, memburukkan orang memang nombor satu. 

"Thanks @aeyn.awldn buat cerita bukan-bukan pasal saya," katanya melalui Instastory. 


Meskipun penafian telah dibuat, netizen terus menyerang ruangan komen di gambar Instagramnya. 

Difahamkan, Emy akan membuat penjelasan berhubung kejadian yang mengundang salah faham ramai itu melalui video live di Instagramnya malam ini.