Murid dan bapa saudaranya maut dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke sekolah

Loading...

Dua maut, seorang lagi cedera ketika selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1, Kuala Selangor - Rawang, ketika dalam perjalanan ke sekolah. 

Dalam kejadian jam 6.40 pagi tadi, mangsa, Mohd Rozaini Ismail, 47, dan anak saudaranya, Muhammad Aryan Iman Abdullah, 7, maut. Manakala anak mangsa, Muhammad Saifulbahari Mohd Rozaini, 7, cedera di kepala dan patah bahu kiri. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan ke sekolah di Assam Jawa. Namun apabila tiba di lokasi, motosikal mereka dilanggar sebuah lori dari arah belakang. 

Pemandu lori terbabit tidak berhenti membantu mangsa, sebaliknya terus melarikan diri dari tempat kejadian. 

Akibat kemalangan itu, mangsa parah di bahagian kepala, manakala pembonceng parah di bahagian dada. 



Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, hanya penunggang motosikal sahaja yang memakai topi keledar. 

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk tindakan lanjut

Polis kini sedang mengesan pemandu lori terbabit dengan mendapatkan keterangan dari saksi-saksi kejaidan di lokasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil menghubungi Pegawai Penyiasa Inspektor Norasyikin Roslan di talian 010-2621743 untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro