'Saya benar-benar minta maaf' - Hina YDP Agong, Eric Liew dikecam netizen dan bakal dipecat majikan?

Loading...

Padah memuat naik komen biadab dan menghina Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV semalam, individu bernama Eric Liew dikecam netizen. 

Kebiadaban Eric Liew itu mengundang kemarahan ramai yang menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu. 


Tidak kurang juga, netizen menggesa pihak majikannya, Cisco ASEAN memecat lelaki terbabit serta-merta. 

Menyedari kesilapannya itu, Eric Liew kemudian memuat naik kenyataan permohonan maaf secara terbuka di Facebooknya dan meminta orang ramai sudi memaafkannya. 


Sementara itu, pihak Cisco ASEAN mengambil maklum mengenai perbuatan kakitangannya itu dan akan melakukan siasatan dan tindakan tegas terhadap Eric Liew.