'Saya buat kuda lebih bahagia' - Ibu kerja bersihkan alat kemaluan kuda, raih pendapatan RM27,123 sejak Oktober 2018

Loading...

Hendak mencari pekerjaan yang bersesuaian bukanlah perkara yang mudah. Adakalanya perkerjaan yang diperolehi itu tidak sesuai pun dengan keinginan kita. 

Bagi wanita ini, dia sanggup bekerja sebagai pembersih alat kemaluan kuda dan setiap kali dia membersihkan alat kemaluan seekor kuda, dia akan dibayar 25 pound (RM135). 

Mercedes Hoblin, 27, memperoleh 5,000 pound (RM27,123.84) sejak melakukan pekerjaan itu dari Oktober 2018 di mana dia telah membersihkan lebih dari 200 alat kemaluan kuda.

"Saya sebenarnya tidak keberatan untuk melakukannya. Saya senang dengan pekerjaan ini dan membuatkan kuda lebih bahagia," kata Mercedes yang berasal dari Chelmsford, Essex.

Bahkan, dia pernah membersihkan dan membuang larva dari alat kemaluan haiwan itu akibat sekelompok lalat bertelur di tempat itu. 

Meskipun suaminya selalu mengusik mengenai pekerjaannya, malah keluarganya juga menganggap pekerjaan itu adalah kerja yang paling menjijikkan, tetapi Mercedes sangat menyukainya. 

Adakalanya Mercedez membawa anak perempuannya, Evee Mae, 8, ke tempat kerja. 


Mercedes menggunakan penyembur air dan gel khas untuk membersihkan alat kemaluan kuda dengan menggunakan jari jemarinya. 

Tambahnya, dia pernah mengalami kejadian yang amat menyakitkan apabila dia ditendang beberapa kali oleh kuda sehingga menyebabkan dia cedera dan patah tulang. 

Tetapi sekarang, Mercedes sudah mahir mengelak dari menjadi mangsa dan kebanyakan kuda sudah memahami bahawa dia hanya cuba membantu mereka. 

Sumber: Okezone, The Sun