'Tengok gambar daging pun dah tahu bukan babi, MAS tak perlu minta maaf' - Netizen

Loading...

Baru-baru ini seorang individu bernama Ahmad Azhar Abd Majid, mendakwa majalah Malaysia Airlines (MAS) iaitu Going Places terbitan Januari 2019 didakwa menyiarkan iklan masakan daging babi sehingga menyinggungkan beberapa pihak. 

Perkara ini mendapat banyak perhatian pihak antaranya seperti bekas Pengarah Urusan MAS Tan Sri Abd Aziz Abdul Rahman, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Presiden Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) Mohd Ridzuan Shaari, yang menyelar MAS mempromosikan makanan dan gambar daging babi dalam majalah syarikat tersebut yang disifatkan sebagai tidak wajar kerana MAS membawa imej kebangsaan. 



MAS kemudian tampil memohon maaf berhubung perkara itu dan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak. 

"Dalam iklan majalah, Going Places edisi Januari lalu memaparkan restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai sebahagian daripada menu mereka. 

"Foto itu mempamerkan potongan daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana majalah gaya hidup lain, ulasan restoran itu adalah untuk mempromosikan kedai makan kepada penumpang daripada seluruh dunia. 

"Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ulasan itu langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penumpang," katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan individu yang menularkan perkara itu di media sosial kerana gagal membezakan daging wagyu dengan daging babi. 



"Dei, kalau beef dengan pork pun takleh bezakan, tak payah nak acah-acah woke lah Malaysia Baru dipegang tangan kafir semua. 

"Lepas tu pahal kau nak minta MAS more sensitive toward muslims kalau Melayu sendiri yang over sensitive. Dulu suruh mengaji bahasa inggeris tak mau, padan la muka. 

"Aku baca headline pun dah tahu ini mesti kerja Melayu sensitif tak kena tempat. Dah tahu kurang education, cuba selidik dulu sebelum nak bash publicy kat social media. Cina India gelak je tengok perangai kita. 



"Otak sempit jenis macam ni lah. Kalau setakat betul ada gambar kat majalah pun boleh triggered, tak tahulah kalau dapat tahu airline lain ada serve pork, terus dia tak nak naik dah airline itu agaknya. 



"MAS kind enough letak gambar wagyu beef besar-besar itu. I'm guessing nak jaga hati pihak lain. Tapi masuk Facebook juga," katanya.