'Uncle 70 tahun hisap rokok masih hidup lagi, tapi cuba teka siapa yang meninggal?'

Loading...

Kerap kali kita mendengar atau membaca kenyataan kebanggaan sesetengah perokok yang mengatakan mereka kebal dari segi kesihatan biarpun sudah lama merokok. 

"Atok saya hisap paip dan hidup sampai umur 83 tahun. Abah saya hisap rokok dan hidup sampai umur 80 tahun.

"Jadi, jangan datang kepada saya dan kata rokok membunuh," demikian tulis netizen di Twitter. 

Ramai netizen yang memberi respon pada tweet tersebut, namun dihambur dengan kata-kata kesat. 

Berdasarkan tweet itu tadi, perkongsian dari wanita ini mengenai bapa saudaranya pula menarik perhatian ramai. 



"Uncle saya hisap rokok dan umur dia pun dah 70+, hidup lagi. Tapi cuba teka siapa yang meninggal? 

"Isteri dia. Meninggal sebab cancer which was caused by Secondhand Smoke (SHS)," tulis Bella. 

Menurut Bella, dia juga pernah melihat bapanya merawat seorang pesakit berusia empat tahun yang juga menjadi mangsa asap rokok. 

"I witnessed my dad treat a patient, a four years old lil boy yang bergantung dengan oxygen tank because that boy got cancer too, also caused by SHS. 

"No one is telling you smokers to stop smoking because semua dah besar boleh fikir. But be considerate and have a fcuking heart, smoke tu jauh-jauh. 

"Those that quoted my tweet with some stupid stuffs like 'Kau suka-suka je cakap meninggal sebab asap rokok, bukti mana?'. Well people, again they are my family members and my aunty was diagnosed by a doctor.

"Read more about SHS. Hisap rokok boleh tapi bodoh jangan. Thanks," tulisnya.