'Untuk tauliah mengajar, saya belum ambil dari Selangor dan KL tapi ada surat kebenaran khas' - Aiman Banna

Loading...

"Saya tak pernah claim saya ustaz kerana saya masih lagi sambung belajar diploma islamic studies dan akan sambung degree, master dan ke pHD, InshaAllah," demikian kata Aiman Banna melalui Instagramnya hari ini. 

Terdahulu, netizen mempertikaikan gelaran 'ustaz' yang diberikan oleh Aiman dan ada netizen telah menghubungi Pejabat Mufti Wilayah bagi bertanya status sama ada lelaki itu bertauliah atau sebaliknya untuk mengajar agama. 

Aiman bagaimanapun menjelaskan, dia tidak meminta digelar sebagai 'ustaz', tetapi oleh kerana dia sering mengajar di masjid dan surau di Malaysia, orang ramai menggelarnya 'ustaz'. 

"Kalau ikut pendidikan formal, saya bukanlah ustaz formal yang sudah habis master atau pHD. Tetapi saya dipanggil ustaz kerana saya mengajar di masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia dengan izin Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mengajar kitab mana yang saya pernah talaqi. 

"Bahkan saya pernah ceramah dalam masjid utama di Brunei dan Indonesia. Maka apakah mereka akan panggil saya Inspektor Aiman? Atau Dr Aiman? Atau Prof Emiritus Aiman? Sudah pasti tidak sebab saya mengajar agama dengan kadar ilmu yang saya ada. Maka mereka panggil ustaz sebab saya mengajar agama," katanya. 

Tambahnya lagi, apabila orang yang mengenalinya bertemu dengan dia secara peribadi ada bertanya sama ada hendak memanggilnya sebagai Ustaz atau Aiman, dia memilih untuk dipanggil sebagai Aiman sahaja. 



Ada orang tanya saya, apakah kelayakan untuk dipanggil 'ustaz'?. . . Ini jawapan saya; . . Di Malaysia, kelayakan gelaran ustaz ni kalau ngajar Alif, Ba, Ta di tadika pun dipanggil 'ustaz', mak ayah untuk semua pelajar tadika akan panggil dia 'ustaz' walaupun ustaz yang ngajar alif ba ta di tadika tu ada kelulusan UPSR sahaja. Itu uruf di Malaysia. Ustaz ni gelaran untuk orang mengajar agama, walaupun mengaji alif, ba, ta. Disebabkan pengalaman ustaz yang pandai mengaji quran dan mungkin belajar talaqi secara tidak formal di pondok, maka dia ada kemahiran untuk mengajar, maka dipanggillah ustaz. Manakala beza dengan Ulama'; Ulama ini gelaran untuk mereka yang pakar & alim dalam agama, memang telah mendedikasikan hidupnya untuk ilmu agama dan menjadi rujukan dalam masyarakat. Jadi, sama ada belajar formal hingga tahap master atau pHD, atau informal talaqi dengan guru atau dipondok, di uruf Malaysia akan memanggil seseorang itu ustaz hika dia seorang pengajar. Manakala bagi saya pula, saya tidak pernah claim saya ustaz, kerana saya masih lagi sambung belajar diploma islamic studies dan akan sambung degree, master dan ke pHD inshaAllah. Kalau ikut pendidikan formal, saya bukanlah ustaz formal yang sudah habis master atau pHD. Tetapi saya dipanggil ustaz kerana saya mengajar di masjid2 & surau2 di Malaysia dengan izin JAIS, mengajar kitab mana yang saya pernah talaqi, bahkan saya pernah ceramah dalam masjid utama di Brunei & Indonesia. Maka apakah mereka akan panggil saya Inspektor Aiman? Atau Dr Aiman? Atau Prof Emiritus Aiman? Sudah pasti tidak. Sebab saya mengajar agama dengan kadar ilmu saya yang ada, maka mereka panggil ustaz sebab saya mengajar agama. Bahkan di universiti & sekolah, bila saya kongsikan tafsir quran dan tadabbur quran, dengan dalil dan rujukan kitab & guru bahagian tafsir, saya ceramah, maka mereka panggil saya ustaz kerana saya ceramah bukan ceramah motivasi semata, tetapi ada tafsir quran & dalami hadis secara mendalam. Tapi bila mereka jumpa saya personally, tanya nak panggil ustaz / aiman? Saya kata aiman je. . . Doakan saya menjadi lebih baik, biiznillah. Amin :)
A post shared by Aiman Banna (@aimaanbanna) on

Mengenai isu tauliah, Aiman mengakui dia masih belum berkesempatan untuk memohon walaupun pihak masjid sudah meminta dia berbuat demikian. 

"Untuk tauliah mengajar, saya belum lagi ambil dari Selangor dan Kuala Lumpur sebab tak sempat nak mohon walaupun pihak masjid minta saya mohon segera supaya mudah. Tapi tak sempat sebab busy.

"Sebab itu saya berceramah di masjid dan surau selama ini dengan adanya surat kebenaran khas untuk berceramah daripada Majlis Agama. Bermaksud, saya berceramah di masjid dan surau ada keizinan.

"Manakala ceramah di universiti dan sekolah, saya dijemput atas kapasiti seorang public speaker dan coach bertauliah, certified by BNSP dan juga sebagai penulis buku yang dijemput untuk berceramah," jelasnya. 

Sementara itu, ramai followersnya memberikan sokongan dan berharap Aiman bersabar dan tabah dalam menghadapi situasi ini. Tidak kurang juga netizen mendoakan yang terbaik untuk Aiman.