(Video) Anak kalah main game, bapa ajak rakan belasah remaja sampai retak tulang belakang

Loading...

Hanya kerana permainan video, seorang remaja lelaki cedera parah akibat dibelasah dan dimasukkan ke hospital.

Dalam kejadian jam 10 malam 11 Januari lalu di Palm Mall Seremban, mangsa sebelum itu sedang bermain permainan video menentang seorang lagi kanak-kanak lain. 

Selepas menewaskan lawannya beberapa kali, bapa kepada kanak-kanak itu datang menghampiri mangsa dan merasuahnya sebanyak RM2 agar dia berpura-pura tewas dan membiarkan anaknya menang. Namun, rasuah itu tidak berjaya dan mangsa sekali lagi anak lelaki itu.

Berang dengan tindakan mangsa, si bapa terus membaling kerusi ke arahnya sebelum menendang mangsa beberapa kali. 

Tidak cukup dengan itu, suspek mengajak empat orang rakannya untuk membelasah mangsa tanpa belas kasihan. 

Beberapa video kejadian itu turut viral di media sosial menunjukkan mangsa dibelasah sambil disaksikan oleh orang awam yang tidak berani mencampuri urusan itu. Suspek menendang kaki mangsa, malah kepalanya turut diterajang dengan kuat. 


Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan yang serius dan dikejarkan ke hospital. Pemeriksaan mendapati terdapat banyak kesan lebam di badannya, paru-paru cedera, tulang rusuk patah dan tulang belakangnya juga retak.

Polis berjaya menahan empat suspek terlibat dan direman sehingga selama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.